hahahaha.. nama tajuk pun thailand kan.. kali ni aku dengan kawan2 ke thailand.. ini merupakan percutian dan perjalan paling bajet aku dengan kawan2..
kitaorang bertolak dari machang,kelantan dengan pengisian minyak sebanyak rm30(selitar rm1.70 ketika ni).. ini merupakan pengalaman pertama aku untuk ke negara seberang..bertolak dari rumah pada pukul 9.30 pagi dan sampai di imegresen pada pukul 11.30 pagi..kami lalu laluan jeli ke rantau panjang..
11.30 pagi kami ke imegresen untuk membuat paspod.. yela..kang ni first time ak p sebelah sana..so kena la buat paspod pelepasan.. ambil gambar pospos rm10 dan untuk buat paspod hanya rm10 untuk setahun okey!! lama sangat-sangat kita orang tunggu. pukul 12.30 baru siap.. bab ni memang leceh.. nama pun nak pergi negara orang kan. lepas je lalu imegresen malaysia kita akan lalu imegresen thailand..kena cop la..tapi ambil borang dulu la..(borang tu minta je dengan pegawai dia.cakap melayu dia faham la.kang ko nak menggoogle lak cakap thai..dia pening ko pun pening.)
ini la rupa tempatnya..dah siap cop boleh la masuk thailand.. kamu terus ke "munduk". tempat ini dikatakan "femes" bagi orang kelantan untuk shoping..kami pergi jalan "sah" okey!!(jalan haram pakai bot.-kata member aku la..hahaha) dekat munduk kita orang makan "lokceng". thailand "femes" dengan "lokceng". lokceng ni makanan yang bakar-bakar 2 (sosej keju,sosej ikan,udang dll) aku lupa nak snap gambar lokceng..air yang kami minum aiskrim kelapa..nah!! silat jilat screen ok!!
harga hanya rm3.. kitaorang pergi cuci mata je.. lepas tu kami ke rumah emak saudara kawan aku untuk tunaikan solat..semasa dirumahnya kami dihidangkan dengan "jemput malas".. sedap bak ang..dah siap solat kami ke bandar golok..ok ni berhampiran su-ngai kolok imegresen..
satu hal yang menarik minat aku dekat thailand ni kerana sepanjang perjalanan aku dijalan thailand, aku selalu ternampak "signboard" ni "beware 🚲".. moto x yah cakap la banyak sangat.. tempat letak moto tempat aku amik gmabar tu ada orang jaga weh..cuba tengok cara dorAng parking moto macam mana..
untuk apa?? untuk elakkan kena bom..bom biasanya dipasang dengan wayar yang disambungkan dengan tangki minyak..sekali kotang start terus ke alam lain( lau berlaku la) ini kira langkah-langkah keselamatan yang dorang buat..dah la ada orang jaga tempat letak moto 2..punya la aku ingatkan polis rupanya rela (penat aku puji polis raji.patut puji rela)
lepas tu masuk bandar golok macam orang "jakun" aku ni..x tau jakun?? sila google..hahah.. buah-buahan murah gila.. then aku makan nasi kerabu golok yang hanya rm1 sebungkus..murah dan sedap..kedai tepi jalan je.. makan lagi "lokceng" hanya rm3.50.. ni air yang ak minum dan beli..rasa 100% dutch lady tapi lebih pekat lagi..ni versi thai punya okey!!
sedap dan pastinya halal.. penat dah berceloteh.. sangat murah barang di golok..nak murah lagi kena la pergi atas lagi.. itu sahaja dari aku.. percutiannya sehari..anggaram dalam pukul 5.30 kitaorang dah bertolak pulang melalui jalan pasir mas..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan