Khamis, 29 Oktober 2015

MENU DIET ATKINS-telur

Menu diet Atkins Part 1 

macam banyak je aku punya part ni siap ada part 1 bagaikan.. insyaallah.. kalau aku rajin banyak la menu aku akan kongsi dengan korang sepanjang tempoh aku beratkins. semoga mood rajin datang untuk berkongsi dengan korang. okey!! korang mesti dah tahukan kebanyakan menu atkins banyak berasaskan telur. tak tinggi ke kolestrol makan telur banyak??? kali ni aku tak bahas mengenai ni okey!! kadang-kadang muak juga lau makan telur rebus je. oleh itu, korang kena la pelbagaikan menu korang. ak hampir muntah okey hari-hari makan telur rebus tapi ku teruskan jua demi misi untuk kurus (poyo punya ayat.. x gitu??). x semua menu telur yang aku post dalam ni.. kalau korang rajin boleh terjah aku punya instagram untuk tengok KLIK SINI 




ini telur goreng bayam. pecahkan 2 biji telur dengan 10 helai daun bayam. tambah garam sikit. dah boleh makan untuk brekpes.


telur mata bersama ikan bilis. pecahkan terus telur dalam kuali then tabur ikan bilis. tak payah garam sebab ikan bilis dah masin.


telur hancur. lau nak juga resepi tak tahu la akak nak cakap apa. hehehe



aku namakan pizza udang atkins. resepi ni simple dan rasanya sangat sedap. sumpah!! korang kena buat. 1.mix bahan (udang yang dicincang + serbuk oregano + lada hitam + bawang putih + telor + garam ) 
 2. bakar bahan yang dah dimix..then dh halfcook, sapu sos nandos,tabur sayur, cheese..
3.hias ikut kretiviti.. .


 telur bakar dap dup dap.. hahahah. motip?? sesaja.. tetapi aku lupa dah resepinya macam mana. yang penting ada kubis unggu then benda ni aku bakar dalam kuali non stick.


itu saja menu telur atkins untuk para atkins. banyak tapi aku dah lupa.. boleh follow instagram aku untuk tengok juga resepi atau #dapurizati

1 ulasan:

Unknown berkata...

menu adalah ciptaan saya semata-mata..

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG..