Selasa, 27 Oktober 2015

PANTANG LARANG FASA 1

berjumpa lagi dalam diet atkins. ramia sebenarnya yang tidak tahu secara menyeluruh tentang pemakanan diet atkins ni. sejujurnya pengamal yang teringin memulakan diet atkins ini kena selidik dahulu mengenai diet atkins ini. jadi, kali ni nak kongsi dengan korang apa yang boleh makan dan apa yang tidak boleh makan. fokus okey!!!!

DILARANG MAKAN SEMASA INDUCTION!!!!
1.)  nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.)  Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.)  Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.)  Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.)  minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.)  snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.


7.) segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.

8.) makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. semua produk bergandum


10.) SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat).

11.) Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

12.) Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

13.) Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)

14.) Keropok lekor, oat, gula perang, beras perang.
  

SOALAN..
1. boleh tak sis nak makan keropok lekor?
   jawapan : sis, keropok diperbuat daripada apa ye? bahan-bahan dia apa ye?

2. sis, saya dah terbiasa makan buah setiap malam. boleh tak saya makan buah sebiji?
   jawapan: okey sayang, sebiji buah pisang mengandungi 38g karbo. sehari hanya dibenarkan 20g karbo je. awak rasa sehari awak nak makan pisang sebiji je ke?  lemon dibenarkan ambil 2 sudu sehari sahaja dan avokado hanya sebelah biji sehari.

3. sis, boleh tak makan carrot? carrot kan sayur.
  jawapan: carrot dalam kategori sayur warna apa? carrot ada banyak sangat karbo and ada sugar asli dari sayurnya yang tersendiri

DIBENARKAN MAKAN SEMASA INDUCTION!!!!!!!
1.)Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung. 
 
2.)Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng. 
 
3.) Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.) 
 
4.) Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu. 
 
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato. 
 
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari. 
 
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit. 
 
8.) Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat) 
 
9.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
 
10.)  Rumpai laut. 
 
11.) Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan. 
 
12.) Minyak masak, olive oil & sebagainya. 
 
13.) Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan. 
 
14.)Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Contoh Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
 

Tiada ulasan:

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG..