Selasa, 27 Oktober 2015

FASA DIET ATKINS

PLAN DIET ATKINS


diet atkins ni bukan lagi asing dalam kalangan orang yang nak kurus. kebanyakan majalah banyak keluarkan artikel pasal diet atkins ni. banyak kelebihan folloe diet atkins. Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. diet ni sangat berkesan pada individu yang nak sangat turunkan berat badan (macam aku la). insyaaallah sangat menjadi. dengan plan diet ni ramai yang berjaya turun dalam 4-7kg dalam masa seminggu. yang penting istikomah betul-betul. nak mulakan diet ni korang kena betul-betul niat dan jangan la asyik nak makan sedap je(tapi dalam diet ni boleh je, asalakn katakan tidak pada makanan bertepung dan gula). makanan bertepung, gula, NASI dan makanan proses kena tinggal semua tu. yang penting makan sayur hijau dengan protein. tak de tenaga la... oiiittttt!!! tak start lagi dah menggelabah. rilex okey!!!
      meh dekat-dekat ni, aku nak citer sikit lagi pasal; diet atkins ni. diet atkins ni ada 4 fasa tau yang korang kena follow. fasa paling PENTING dan paling lama orang stay ialah FASA SATU. kenapa??? ye la, fasa ni la fasa dimana berat korang turun gila-gila sehingga dapat apa yang korang taget.

FASA 1
fasa ni korang dibenarkan makan protein dan sayur-sayuran. kekacang tidak dibenarkan sesekali okey!!! Fasa 1 hanya dihadkan sebanyak 20g karbo sahaja sehari. nak makan apa la kan?? wehh!!! kan dah cakap makan protein dengan sayur. setiap sayur mempunyai karbo yang tersendiri, so yang paling lulus ialah sayur berwarna hijau.
alaaa.. leceh la (ni ayat orang malas dan tak nak kurus!)
 nanti akan ada soalan, boleh tak makan kacang panjang?
okey aku tanya balik la. kacang panjang tu spesis apa?kacang idok?? kacang dapat makan tak fasa 1? (sila baca balik apa yang aku terangkan di atas.)
FAsa 1 juga dikenali sebagai fasa pengenalan. pemakanan baru sahaja nak sesuaikan dengan tubuh korang. ianya dilakukan selama 2 minggu atau lebih. Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap pengenalan.

FASA 2

fasa 2 dikenali sebagai fasa berlangsung Weight Loss. Pada fasa ini, penurunan berat badan melambat ketika korang menambah kaya karbohidrat gizi untuk diet korang. Selama tempoh ini, korang akan meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak serta memahami tubuh korang dengan lebih baik. Korang akan menemui jumlah yang tepat dari karbohidrat yang  boleh korang ambil dan masih menurunkan berat badan. Tubuh korang juga akan mempersiapkan diri untuk pengurusan berat badan kekal. Jumlah karbohidrat yang boleh korang makan meningkat menjadi 25 gm pada hari untuk minggu pertama dan meningkat dalam tempoh lima ansuran gm selama beberapa minggu ke depan. Jika berat badan korang adalah signifikan, korang boleh meningkatkan asupan karbohidrat korang. Seseorang harus berada dalam fasa ini sampai dia berada dalam tiga-lima kg berat tujuan mereka.

FASA 3
Fasa yang dikenali sebagai pra rawatan. Pra-rawatan adalah amalan yang dijalankan untuk rawatan seumur hidup. Pada tahap ini, anda cepat mendekati target yang koranng nak. Selama korang terus menurunkan berat badan, korang boleh meningkatkan penjatahan mingguan anda daripada karbohidrat oleh lain gm 10. Korang akan berada di fasa ini sehingga  mencapai tujuan korang dan tinggal di sana selama satu bulan. Tujuan utama di sini adalah untuk mencapai keadaan keseimbangan yang disebut Atkins 'Karbohidrat Equilibrium (ACE). ACE adalah tingkat individual asupan karbohidrat mana anda tidak mendapat atau menurunkan berat badan. 

FASA 4
fasa ini merupakan fasa paling last sekali dan fasa dimana akan maintankan berat korang. Pada fasa ini, korang harus fokus pada ACE individu dan berusaha untuk tetap berada dalam dua kg berat badan ideal anda untuk sisa hidup anda. Dengan mengikuti rencana makan yang masuk akal, anda mendapatkan tenaga, kesihatan yang lebih baik dan kepercayaan pada diri sendiri. Dengan mengikuti empat tahap, anda tidak hanya mencapai berat impian anda, namun juga mampu mempertahankan itu sepanjang hidup anda. Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang diet ini dengan membaca buku, Dr Atkins 'New Diet Revolution. Namun, seperti dengan diet yang lain, rancangan ini juga mempunyai pro dan kontra. Titik baiknya adalah bahawa diet ini mengesyorkan sukan sebagai sebahagian penting daripada program penurunan berat badan. Hal lain yang perlu dicatat adalah bahawa anda tidak boleh memulakan karbohidrat selepas anda menurunkan berat badan kerana hal ini akan mengakibatkan anda mendapatkan kembali semua yang telah hilang. 

Tiada ulasan:

TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG..