Ahad, 22 November 2015

menu diet detox

         DIET DETOX PLAN 7 HARI

diet detox ni bagus sebenarnya untuk cuci usus kita.. tapi untuk permulaan kena banyakkan tawakal dan istikomah betul2 la.. tahan sikit nafsu makan.. apa yang aku selalu fikir lau tak teruskan, nak ke gemuk macam hari first start.. mesti tak kan.. so, teruskan je..

HARI PERTAMA
hari buah-buahan je.. bedal semua jenis buah kecuali pisang okey!! jangan berlapar tapi lau lapar jangan la p makan nasi pulak.. makan BUAH SAHAJA hari ini.. digalakkan makan buah yang "watery" macam tembikai, tembikai susu dan betik. hari ni akan rasa pening-pening sikit sebab badan kita terkejut. ye la, selama ni bedal nasik berpinggan-pinggan..hari ni agak letih la..
 ni contoh buah-buahan yang makan.. buah mangga ni masak gila masa ni..
   pagi: tembikai
   tengahari: tembikai & mangga
   malam: tembikai
* air wajib 3liter sehari (atau 12 gelas)


HARI KEDUA
alhamdulillah.. dah masuk hari kedua maknanya dah lepas hari pertama.. okey kita masih berada dalam trak detox dan tak tersasar kearah lain..hari ni menu berdasarkan sayur je.. aku lupa lak nak snap pic. ari ni aku penat sikit sebab aku tak tahu nak makan apa..hari ni boleh makan ubi kentang tapi sebelah pagi je.. minum air secukupnya okey!!
   pagi: ubi kentang
   tengahari: sup sayur bayam + cendawan cikit
   malam: menu sama macam tengahari tadi


HARI KETIGA
mak ai.. macam tak caya je dah masuk hari ketiga kan.. betapa gigihnya aku teruskan diet ni. yela, sape tak nak kuruskan.. aku betul-betul nekad nak tinggalkan lelemak yang ada. hari ni korang boleh makan sayur dengan buah. mesti seronokkan. 
   pagi: mangga & buah pear
   tengahari: tomyam sayur (aku x tumis pun. buh air, bwang, halia, serai, buh syur, garam)
    malam: tomyam sayur


HARI KEEMPAT
OK..nampaknya diet masih diteruskan.. biasanya aku dah ngelat ni. tiap2 malam sebelum tido ak mimpi nak kurus nak pakai jubah dengan tudung bawal then sandang beg belakang ( macam bebudak tak?) hahahaha.. semangat ni.. hari ni hari dimana korang hanya boleh makan pisang dengan susu je.. dibenarkan makan 8 biji pisang dengan 3 gelas susu. 
   pagi: 3 biji pisang & 1 gelas susu
   tengahari: 3biji pisang & 1 gelas susu
   malam: 2 biji pisang & 1 gelas susu


HARI KELIMA
hari untuk korang berpuasa. hari ni boleh makan totamo dengan nasi semangkuk. dari semalam lagi aku dup pikir nak makan macam mana la tomato je kan. nasi lau boleh emang aku tak nak sentuh la..

Hari keenam aku dah hancus.. aku pening tahap tak boleh bangun. so aku terus la cheat. len kali aku sambung lagi diet detox ni okey!!

Khamis, 29 Oktober 2015

MENU DIET ATKINS-telur

Menu diet Atkins Part 1 

macam banyak je aku punya part ni siap ada part 1 bagaikan.. insyaallah.. kalau aku rajin banyak la menu aku akan kongsi dengan korang sepanjang tempoh aku beratkins. semoga mood rajin datang untuk berkongsi dengan korang. okey!! korang mesti dah tahukan kebanyakan menu atkins banyak berasaskan telur. tak tinggi ke kolestrol makan telur banyak??? kali ni aku tak bahas mengenai ni okey!! kadang-kadang muak juga lau makan telur rebus je. oleh itu, korang kena la pelbagaikan menu korang. ak hampir muntah okey hari-hari makan telur rebus tapi ku teruskan jua demi misi untuk kurus (poyo punya ayat.. x gitu??). x semua menu telur yang aku post dalam ni.. kalau korang rajin boleh terjah aku punya instagram untuk tengok KLIK SINI 




ini telur goreng bayam. pecahkan 2 biji telur dengan 10 helai daun bayam. tambah garam sikit. dah boleh makan untuk brekpes.


telur mata bersama ikan bilis. pecahkan terus telur dalam kuali then tabur ikan bilis. tak payah garam sebab ikan bilis dah masin.


telur hancur. lau nak juga resepi tak tahu la akak nak cakap apa. hehehe



aku namakan pizza udang atkins. resepi ni simple dan rasanya sangat sedap. sumpah!! korang kena buat. 1.mix bahan (udang yang dicincang + serbuk oregano + lada hitam + bawang putih + telor + garam ) 
 2. bakar bahan yang dah dimix..then dh halfcook, sapu sos nandos,tabur sayur, cheese..
3.hias ikut kretiviti.. .


 telur bakar dap dup dap.. hahahah. motip?? sesaja.. tetapi aku lupa dah resepinya macam mana. yang penting ada kubis unggu then benda ni aku bakar dalam kuali non stick.


itu saja menu telur atkins untuk para atkins. banyak tapi aku dah lupa.. boleh follow instagram aku untuk tengok juga resepi atau #dapurizati

Selasa, 27 Oktober 2015

PANTANG LARANG FASA 1

berjumpa lagi dalam diet atkins. ramia sebenarnya yang tidak tahu secara menyeluruh tentang pemakanan diet atkins ni. sejujurnya pengamal yang teringin memulakan diet atkins ini kena selidik dahulu mengenai diet atkins ini. jadi, kali ni nak kongsi dengan korang apa yang boleh makan dan apa yang tidak boleh makan. fokus okey!!!!

DILARANG MAKAN SEMASA INDUCTION!!!!
1.)  nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.)  Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.)  Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.)  Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.)  minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.)  snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.


7.) segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.

8.) makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih. semua produk bergandum


10.) SOS & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat).

11.) Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.

12.) Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.

13.) Sate yang diperap dengan gula @ madu (kat kedai)

14.) Keropok lekor, oat, gula perang, beras perang.
  

SOALAN..
1. boleh tak sis nak makan keropok lekor?
   jawapan : sis, keropok diperbuat daripada apa ye? bahan-bahan dia apa ye?

2. sis, saya dah terbiasa makan buah setiap malam. boleh tak saya makan buah sebiji?
   jawapan: okey sayang, sebiji buah pisang mengandungi 38g karbo. sehari hanya dibenarkan 20g karbo je. awak rasa sehari awak nak makan pisang sebiji je ke?  lemon dibenarkan ambil 2 sudu sehari sahaja dan avokado hanya sebelah biji sehari.

3. sis, boleh tak makan carrot? carrot kan sayur.
  jawapan: carrot dalam kategori sayur warna apa? carrot ada banyak sangat karbo and ada sugar asli dari sayurnya yang tersendiri

DIBENARKAN MAKAN SEMASA INDUCTION!!!!!!!
1.)Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung. 
 
2.)Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng. 
 
3.) Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.) 
 
4.) Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu. 
 
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato. 
 
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari. 
 
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit. 
 
8.) Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat) 
 
9.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
 
10.)  Rumpai laut. 
 
11.) Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan. 
 
12.) Minyak masak, olive oil & sebagainya. 
 
13.) Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan. 
 
14.)Multivitamin, spirullina, psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Contoh Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)
 

FASA DIET ATKINS

PLAN DIET ATKINS


diet atkins ni bukan lagi asing dalam kalangan orang yang nak kurus. kebanyakan majalah banyak keluarkan artikel pasal diet atkins ni. banyak kelebihan folloe diet atkins. Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. diet ni sangat berkesan pada individu yang nak sangat turunkan berat badan (macam aku la). insyaaallah sangat menjadi. dengan plan diet ni ramai yang berjaya turun dalam 4-7kg dalam masa seminggu. yang penting istikomah betul-betul. nak mulakan diet ni korang kena betul-betul niat dan jangan la asyik nak makan sedap je(tapi dalam diet ni boleh je, asalakn katakan tidak pada makanan bertepung dan gula). makanan bertepung, gula, NASI dan makanan proses kena tinggal semua tu. yang penting makan sayur hijau dengan protein. tak de tenaga la... oiiittttt!!! tak start lagi dah menggelabah. rilex okey!!!
      meh dekat-dekat ni, aku nak citer sikit lagi pasal; diet atkins ni. diet atkins ni ada 4 fasa tau yang korang kena follow. fasa paling PENTING dan paling lama orang stay ialah FASA SATU. kenapa??? ye la, fasa ni la fasa dimana berat korang turun gila-gila sehingga dapat apa yang korang taget.

FASA 1
fasa ni korang dibenarkan makan protein dan sayur-sayuran. kekacang tidak dibenarkan sesekali okey!!! Fasa 1 hanya dihadkan sebanyak 20g karbo sahaja sehari. nak makan apa la kan?? wehh!!! kan dah cakap makan protein dengan sayur. setiap sayur mempunyai karbo yang tersendiri, so yang paling lulus ialah sayur berwarna hijau.
alaaa.. leceh la (ni ayat orang malas dan tak nak kurus!)
 nanti akan ada soalan, boleh tak makan kacang panjang?
okey aku tanya balik la. kacang panjang tu spesis apa?kacang idok?? kacang dapat makan tak fasa 1? (sila baca balik apa yang aku terangkan di atas.)
FAsa 1 juga dikenali sebagai fasa pengenalan. pemakanan baru sahaja nak sesuaikan dengan tubuh korang. ianya dilakukan selama 2 minggu atau lebih. Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap pengenalan.

FASA 2

fasa 2 dikenali sebagai fasa berlangsung Weight Loss. Pada fasa ini, penurunan berat badan melambat ketika korang menambah kaya karbohidrat gizi untuk diet korang. Selama tempoh ini, korang akan meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak serta memahami tubuh korang dengan lebih baik. Korang akan menemui jumlah yang tepat dari karbohidrat yang  boleh korang ambil dan masih menurunkan berat badan. Tubuh korang juga akan mempersiapkan diri untuk pengurusan berat badan kekal. Jumlah karbohidrat yang boleh korang makan meningkat menjadi 25 gm pada hari untuk minggu pertama dan meningkat dalam tempoh lima ansuran gm selama beberapa minggu ke depan. Jika berat badan korang adalah signifikan, korang boleh meningkatkan asupan karbohidrat korang. Seseorang harus berada dalam fasa ini sampai dia berada dalam tiga-lima kg berat tujuan mereka.

FASA 3
Fasa yang dikenali sebagai pra rawatan. Pra-rawatan adalah amalan yang dijalankan untuk rawatan seumur hidup. Pada tahap ini, anda cepat mendekati target yang koranng nak. Selama korang terus menurunkan berat badan, korang boleh meningkatkan penjatahan mingguan anda daripada karbohidrat oleh lain gm 10. Korang akan berada di fasa ini sehingga  mencapai tujuan korang dan tinggal di sana selama satu bulan. Tujuan utama di sini adalah untuk mencapai keadaan keseimbangan yang disebut Atkins 'Karbohidrat Equilibrium (ACE). ACE adalah tingkat individual asupan karbohidrat mana anda tidak mendapat atau menurunkan berat badan. 

FASA 4
fasa ini merupakan fasa paling last sekali dan fasa dimana akan maintankan berat korang. Pada fasa ini, korang harus fokus pada ACE individu dan berusaha untuk tetap berada dalam dua kg berat badan ideal anda untuk sisa hidup anda. Dengan mengikuti rencana makan yang masuk akal, anda mendapatkan tenaga, kesihatan yang lebih baik dan kepercayaan pada diri sendiri. Dengan mengikuti empat tahap, anda tidak hanya mencapai berat impian anda, namun juga mampu mempertahankan itu sepanjang hidup anda. Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang diet ini dengan membaca buku, Dr Atkins 'New Diet Revolution. Namun, seperti dengan diet yang lain, rancangan ini juga mempunyai pro dan kontra. Titik baiknya adalah bahawa diet ini mengesyorkan sukan sebagai sebahagian penting daripada program penurunan berat badan. Hal lain yang perlu dicatat adalah bahawa anda tidak boleh memulakan karbohidrat selepas anda menurunkan berat badan kerana hal ini akan mengakibatkan anda mendapatkan kembali semua yang telah hilang. 

Rabu, 21 Oktober 2015

DIET ATKINS

teori asas diet atkins 

Diet atkins adalah diet sehat yang menekankan pemakanan seimbang dan sumber makanan yang segar serta bernutrisi. 
Tidak ada istilah berlapar dalam diet ini kerana kita dikehendaki makan sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari.
Breakfast /snacking before lunch/lunch/snacking before dinner dan dinner....takda supper sorry  .

Badan kita menggunakan 2 sumber tenaga 1.glucose (sumber dari gula dan carbohidrate) , 2.ketone (daripada pembakaran lemak bdn).

Dalam pemakanan harian kita , kita selalunya mengambil byk carbohidrate dan gula.....daripada nasi,roti,biskut,minuman manis, 3in1,oat ,buah-buahan dan sebagainya. 
Sumber makanan inimengandungi kandungan gula dan carbo yg tinggi. 

Badan kita hanya menggunakan sebahagian sahaja glucose yang kita ambil sepanjang hari sekadar mencukupi untuk aktiviti harian tubuh bdn (mkn,minum,tidur,bejalan,mandi,besenam,berak dan sebagai). Glucose yg lebih akan ditukarkan oleh insulin bdn sebagai lemak bdn dengan tujuan dan harapan supaya akan digunakan apabila diperlukan nanti.

Tetapi malangnya pemakanan kita selalunya tinggi carbo dan gula...maka lemak bdn tidak pernab berpeluang untuk digunakan sebab bdn sentiasa mendapat bekalan glucose.....ini kerana apabila level glucose menurun otak akan signal supaya mkn (craving/hunger) ....maka kita akan mkn (carbo dan gula) /satisfy....selalunya bila level glucose tinggi lepas makan insulin akan bertindak untuk stabilkan dgn menukarkan glucose yg lebih kepada lemak jadi lemak akan bertambah.....

Biasanya apabila penat exercise kita akan minum/mkn lebih....ini akan menyebabkan lemak bdn tidak berpeluang untuk digunakan (lipolysis).

Diet atkins.
Diet atkins ada 4 fasa 1-4

Fasa 1 ....mesti mengawal pengambilan carbo makanan 18g-21g carbo sahaja sehari selama 2minggu..(induction phase/kick-start)

Fasa 2....boleh tambah jumlah carbo makanan 5g-10g daripada fasa 1 - (balancing phase)

Fasa 3....boleh tambah lagi 5g-10g daripada fasa 2 - (pre-maintainance phase)

Fasa 4......boleh tambah lagi carbo sehingga 70g-90g bergantung kepada tahap toleransi carbo seseorang. (Selagi berat tidak meningkat) - (maintanance phase)

Kenapa mesti +-20g carbo di fasa 1?
Asasnya adalah tubuh bdn kita akan sentiasa menggunakan glucose sebagai sumber tenaga pertama...apabila glucose sudah habis digunakan maka automatik lemak bdn akan digunakan sebagai sumber tenaga....

Beberapa kajian sains menemui jumlah kandugan caro 20g sahaja sehari adalah yang paling ideal untuk menggalakkan bdn menggunakan glucose dgn cepat dan habis dan dpt memulakan pembakaran lemak sebagai tenaga seterusnya......ingat bahawa bdn sentiasa memerlukan tenaga untuk berfungsi...

Apabila lemak dipecahkan (lipolysis /ketosis) makan ketone akan dihasilkan.....carbohidrate /gula menghasilkan glucose...
Ketone adalah sumber tenaga yang utama untuk otak dan otot....lebih effisien berbanding glucose...apabila ketone digunakan dengan automatik badan akan lebih bertenaga, fokus, kurang craving untuk manis2 dan cepat kenyang apabila mkn. 

Ketone juga mempunyai kesan menstabilkan fungsi insulin dan cholesterol bdn (good/bad ratio).

apabila bdn sudah kick-start lipolysis makan lemak yang selama ini menunggu untuk digunakan akhirnya digunakan (yea yea yeah)......secara automatik berat lemak bdn akan mengurang dan bahagian2 lemak terkumpul dalam bdn akan menyusut....  ..pendek kata slim .....

.........,....................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Apa yang perlu kita buat???  

Pertama kena makan makanan seimbang 
1. Mesti ada protein - sumber dari haiwan (ikan/ayam/daging - 0g carbo) / telur - sebiji telur ayam 0.6g carbo...
2.mesti ada lemak - lemak haiwan eg.kulit ayam/daging/ minyak/olive oil lagi bagus/butter/keju (byk choice) / bukan nasi lemak please....
3. Fiber/vitamin dan mineral - mesti makan byk sayur-sayuran hijau.....kalau bukan hijau mcm capsicum kuning/merah biasanya tinggi carbo...carrot dan potato tak dibenarkan kerana berkanji (high karbo)...salad/sawi/kailan/asparagus/kobis/koboi/bunga kobis/brokoli/ taugeh/ zukini/timun dan byk lagi digalakkan.

Basically....makan mcm biasa 4-5 kali sehari cuma hadkan pengambilan carbo/gula......apa yang perlu dihadkan
1. Segala jenis tepung2 dan bahan2yang daripada tepung eg.kuih cincin .kuih muih,goreng pisang ,cekodok, roti ,roti canai, roti prata,tose,roti sardin, roti telur,nasi,nasi bariani,nasi beras herbaponi tajmahal ,nasi himpit,biskut, keropok2 sebab ada tepung/ pasti/makaroni/ bihun/soto/kuih teow/ mee tuaran/ mee kampung pek/ nasi dagang/ cendol/pulut / nasi lalap/ nasi ayam penyet (ayam sahaja dgn syur boleh)...ubi2 semua jenis ubi termasuk ubi badak/ubi keling/ubi kayu/ubi batu/upin dan ipin/ dan segala bentuk carbohidrate....

2. Elakkan makanan yang bergula eg.teh tarik ping dgn susu pekat manis (kalau 0 ok)....soft drink,madu, sirap manis, buah-buahan tidak dibenarkan dalam fasa 1 /fasa 3-4 boleh dah......apa2 yg ditambah gula elakkan ...contohnya bubur ke apa ke yg ada gula ...especially sweet coklat...serbuk coco asli boleh....

3.elakkan makan rapu dan makanan yg terproses yg tinggi gula dan carboh- caranya kena baca "nutritional info" di tin makanan tersebut ....kita akan belajar lebihnlanjut nanti.....

Jadi kalau semua tak boleh lapar la nanti ??? Mana sumber tenaga ??

Jangan risau kita tidak akan berlapar sebab kita mesti mkn 4-5kali sehari dengan makanan yg berkhasiat dan menyehatkan cuma kurang carbo dan tiada gula....gula adalah racun metabolisma bdn.....

Dari mana carbo untuk cukupkan 20g carbo sehari selama 2minggu untuk fasa 1.

Jawapannya adalah daripada sayur2an hijau dan sedikit daripada protein dan lemak yang kita makan. Contonya kobis 100g mengandungi 6g carbo,telur ayam sebijik 0.6g carbo...keju chessdale sekeping 1.1g carbo.....

Perubahan akan berlaku dalam masa 2 minggu....yakin dan faham teknik dan cara...pasti akan berjaya......

ni contoh jadual pemakan dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam diet atkins.

contoh jadual diet atkins untuk seminggu.

ni jadual aku minum air.. boleh try and error.. 


*selamat mencuba!!!

AISKRIM GULA APONG

Aiskrim gula appng adalah salah satu "desert" yg femes dekat serawak.. rasa lemak manis dia mampu membuatkan korang nak lagi dan nak lagi.. paling aku suka sekali aiskrim gula apong dekat waterfront iaitu kedai yang diusahakan oleh orang melayu.. kalau tak silap aku, pemilik dah ada 5 cawangan dalam masa 3 bln.. serius??? right!!! aku tak sure lak 5 cawangan tu kat mana tapi salah satunya dekat desa ilmu, area UNIMAS dengan UITM. 

      nama kedai "DP AISKRIM GULA APONG", lau tak silap aku la..mohon maaf kalau salah.. benda ni xde kat semenanjung!! serius sedap bak ang!! korang yang datang serawak wajib try la askrim ni.. bila lagi kan?? tak nak cakap panjang.. nak bagi je korang tengok gambor..

bestnya!!!!

saiz besar rm5. saiz kecik rm2.. aku amik saiz besar!! pelahap doll!!!


Isnin, 19 Oktober 2015

cik_izati: sharing planet best..

cik_izati: sharing planet best..: sebenarnya dah lama sangat dah ni aku makan kat sini tapi baru teringat nak post.. sharing planet ni merupakan restoran yang berada di banda...
TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG..